MOvE ON>>>

Indahnya cinta jika besulam keikhlasan.Moleknya cinta andai setia yang dipertaruhkan dan untungnya bercinta jika berkekalan sampai bila -bila. Ustaz Ismail Kamus

Thursday, August 27, 2009

:+: Checklist Ramadhan :+:

Alhamdulillahx1000... tk terungkap kata2 dapat menyambut ramadhan sekali lagi pd tahun ini. masih bernafas untuk berjumpa ramadhan. alhamdulillah.. sedih+gembira perasaan umpama seperti sebuah kelahiran yang baru menjengukkan wajah di bumi.

"Ahlan Wasahlan Ramadhan" *^-^*

Membaca sebuah emel dari rakan membuat bertambah nostalgia rasa perasaan ditambah lagi beliau berkata " Mudah2'an segala amalan kita di bulan ramadhan ini akan turut dapat di lakukan semasa di waktu bulan2 lainnya, bkn hanya tersangkut di bulan ramadhan tapi terbuang di bulan2 lainnya " huhuhuhuhu sedih sedih sedih mengenangkannya.

Masa ramadhan, berpage-page alQuran dibaca mahu menghabiskan 30 juz dalam sebulan namun di bulan2 lainnya rasa malas menebal sangat2 sampai nk habiskan 30 juz tu pun ambil masa 3/4 bulan huhuhuhuhu.... Mudah2'an dapat istiqomah lepas ramadhan ni..*Perbetulkan niat dan checklist diri*

Masa ramadhan, bersanggup untuk bangun setiap malam pukul 3/4 pagi bagi solat taubat, tahajud, witir n etc. Namun di bulan2 lain masya'Allah bukan main payah lagi hendak bergerak dari tempat tidur sampai dalam seminggu tu sekali sahaja bangun malamnya huhuhuhuhu....Mudah2'an dapat istiqomah lepas ramadhan ni...*perbetulkan niat dan checklist diri*

Masa ramadhan, bersanggup berkejar2 waktu sembahyang bagi sembhyg tepat waktu dan solat berjemaah kat masjid. Namun di bulan2 lain bukan main susah hendak sembahyang even teruk sampai menunda2 waktu sembahyang dan lebih rela solat sendirian. huuhuhuhuhu Mudah2'an dapat istiqomah lepas ramadhan ni...*perbetulkan niat dan checklist diri*

Masa ramadhan sibuklah nak dekatkan diri dengan Allah seumpama inilah ramadhan terakhir, umpama akan takde lagi hidup lepas ini sampai ibadah2 yang tk pernah dibuat sebelum ni pun mula dibuat. Namun di bulan2 lain huhuhuhu sedih lupa semuanya, umpama akan terus hidup selama2nya tak kembali pada Pencipta, takkan di tanya di padang Masyhar, takkan dikumpulkan oleh Rabb. Masya'Allah sedihnya... yang terpikir hanyalah kerja, kerja, kerja, Dunia, dunia, dunia... huhuhuhu Mudah2an terlindung dari semua itu dan dapat istiqomah mengejar cinta Allah lepas ramadhan ni...*perbetulkan niat dan checklist diri*



Allah berfirman
" Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang bertaqwa" (surah al-imran ayat 133)

Satu teguran buat diri kita semua... marilah sama2 perbetulkan niat dan checklist diri mudah2an kita akan sentiasa, sentiasa, sentiasa mencari keampunannya dan berusaha sedaya upaya dan istiqomah dalam mencari keredhaan-Nya. Mudah2 an kita tergolong dalam golongan orang-orang yang bertaqwa (golongan orang-orang yang takut akan azab-Nya namun masih mengharapkan rahmat-Nya)




----- Perbetulkan niat, mudah2an akan terus tsabat dalam istiqomah mencari keredhaan-Nya dan keampunan-Nya-----