MOvE ON>>>

Indahnya cinta jika besulam keikhlasan.Moleknya cinta andai setia yang dipertaruhkan dan untungnya bercinta jika berkekalan sampai bila -bila. Ustaz Ismail Kamus

Tuesday, December 29, 2009

:+: Buat Muhasabah :+:

Suatu Renungan -- Pic

:+: Ketentuan :+:

Eiz beristigfar beberapa ketika kala membaca 1 emel yang di hantar kepadanya lewat seorang rakan yang berada jauh dirantau orang. Terkesima Eiz sambil berulang-ulang kali mengingati dirinya. Sedihnya pada hari itu tersentap dengan 1 kesedihan yang mengalahkan sedihnya di permulaan. Semuanya terjadi tika membaca 1 emel...

Eiz sekali lagi beristigfar dan menarik nafas panjang.

"Innalillahi wa' innahi rajiun" berulang-ulang bibit-bibit tersebut keluar dari mulutnya.

Kesedihan yang di rasainya bila mengetahui kepergian seorang saudara seislam yang juga rakan seperjuangan. Meski Eiz tidak mengenali beliau namun hatinya hiba. Ditambah lagi bila Eiz melihat gambar2 tragis kereta akhi.A berkenaan yang remuk. Termuhasabah Eiz berulang-ulang.

Ketentuan Allah yang tiada siapa pun yang mengetahui bila terjadi;

AJAL-- itulah satu ketetapan yang telah Allah memang telah tetapkan buat setiap manusia dan makhluk. Manusia tidak akan pernah melimpasi masa ajal yang telah Allah tetapkn. Ketentuan Allah yang tidak akan pernah berubah2, tidak akan pernah bertambah mahupun berkurang.

Itulah yang terjadi. Kepergian akhi.A dan keluarga(ibu&bapa akhi.A) serta rakannya langsung bukan dalam perancangan manusia. Siapalah yang tahu pada hari akhi.A paginya di ijabkabulkan dan hanya 5km sahaja hendak tiba ke rumah, ajal yang Allah telah tetapkan buat insan-insannya telah menyapa. Perancangan manusia tidak akan pernah boleh mengatasi perancangan Allah...

Mengingat kenyataan ini, Eiz sekali lagi terdiam dan mengingati dirinya. Eiz berkata-kata dalam hati, begitu Allah telah membuat perancangan buat Akhi. A, apatah lagi diri nya itu..

"Masih adakah hari esok buat diriku ?" Eiz bertanya pada dirinya sendiri

"Masih adakah detik kemudian buat nafasku ?"

"Masih sempatkah aku melakukan apa2 yang aku ingin tunaikan?"

"Apakah bila nyawaku di tarik nanti, aku telah tunaikn tanggungjawabku sebaiknya? "

Persoalan demi persoalan terdetik di hati Eiz. Dirinya dibiarkan merefleksi...






*@291209@11:26pm@Home.... Mudah2'an roh Akhi.A serta keluarga dan rakannya berada dalam rahmat Allah, Aminx3. i hv heard sum1 berkata-kata yang hingga kini agak menjadi satu perkara yang di imani (di yakini) yaitu kaitan rezeki dan ajal.

" Seseorang itu tidak akan ditarik nyawanya selagi mana "kuantiti rezki" yang telah Allah tetapkan untuknya masih ada. dan kala "Kuantiti rezki"nya telah nil (0), itulah jangka waktu ajalnya telah tiba"

Rezki dan ajal merupakan 2 perkara yang memang telah Allah tetapkan dan tidak akan dapat diubah manusia/individu. "Kuantiti Rezki" akan sampai waktu habisnya dan "Masa ajal tiba" akan datang tepat pada waktunya seperti yang Allah tetapkan.

Moga setiap kita akan berusaha sedaya mungkin untuk menggunakan "Kuantiti rezki" yang Allah beri kearah kebaikan demi mendapatkan keredhaan-Nya agar kala "Masa ajal tiba"/"Habis Kuantiti Rezki" kita akan kembali kepada-Nya dalam keadaan yang diredhai-Nya dengan izin-Nya jua.

Betulkan niat dan jadilah individu yang sentiasa ingat mati dan berbuat setiap sesuatu hanya kerana Allah semata-mata untuk amalan kita diterima dan diredhai Allah (kaitkan bidayatul hidayah)

Ya Allah ingatkanlah kami mati sentiasa dan kala waktu kami tiba untuk kembali kepada-Mu, Ya Alla permudahkanlah dan janganlah Kau susahkan. Aminx3*

Monday, December 28, 2009

:+: Seorang Muslimah, Satu Keinginan ?? :+:



:+: Moga Jalan yang kita lalui kini ialah jalan yang hati kita inginkan. Kerana Meski fizikal dan otak kita Penat dalam apa jua keadaan dan ingin berundur sekurang-kurangnya Hati Kita masih menginginkannya (Rahmat&Hidayah Allah) dan dengan itu saja ianya sudah cukup untuk kita terus-terus berdiri di Jalan ini. Sudah cukup untuk kita terus bertahan dan mengharungi serta mengharapkan kekuatan agar Allah berikan demi bertahan di jalan yang kita ingin lalui demi mengapai keredhaan-Nya. :+:

:+: Sahabiah-Sahabiah :+:

Sambil berbaring di tempat pembaringannya, Eiz me'rewind' semula kisah-kisah sahabiah yang disuapkan pd nya sedari beberapa hari berada di pesisiran pantai itu. Mungkin jika dia berada selama seminggu di tmpat pesisiran pantai itu mungkin sudah 14 kisah sahabiah yang akan didengarinya. Mungkin bertambah ligat kepalanya untuk mengingati, apatah lagi 10 kisah sahabiah...

Bermula dari kisah ibu para ummul mukminin sehinggalah kepada Penghulu Wanita Sejagat. Setiap kisah2 mereka, Eiz mendapati begitu banyak persamaan.

Eiz boleh ingat kisah Sahabiah pertama yang didengarnya iaitu Sayyidina Khadijah al-Khuwalid. Yang nama jolokkannya ialah ibu para ummul mukminin. Istri yang rasulullah s.a.w paling kasihi sehinggakan di masa hayat beliau rasulullah tidak pernah memadukannya. Khadijah Al-Khuwalid bagi Eiz merupakan seorang isteri, sahabat, ibu, dan seorang insan yang banyak memberikan manfaat bukan saja pada rasulullah dan anak2 malah kepada penyebarannya islam kepada masyarakat. Begitu tinggi pengorbanan dan kasihnya merai cinta Allah. Eiz terhempuk dengan 1 kenyataan. Meski di usia Sayyidina Khadijah yang sangat tua berbanding rasulullah, 15 tahun perbezaan, beliau tabah mengharungi kehidupan dengan kuat meski di timpa onak2 duri dan juga rintangan. Beliau mampu membimbing puteri2 rasulullah untuk menjadi sangat kuat. Beliau masih mampu untuk mengharungi pemboikotan bersama rasulullah& orang2 islam lainnya meski beliau blh hidup mewah dgn harta beliau. Beliau sentiasa menyokong dan mendokong serta menjadi pendengar setia rasulullah kala rasulullah bersedih. Sentiasa sedia untuk menjadi teman kala susah dan senang. Sayyidina Khadijah contoh yang sangat subhannallah....

Eiz berkira-kira dalam hatinya. Membandingkan wanita kini dengan sayyidina Khadijah. Paling ringkas Eiz membandingkan dirinya sendiri dengan Sayyidina Khadijah. Terasa kecil diri Eiz tika itu sampaikan kata-kata terkeluar dari bibir Eiz tanpa dirinya sendiri

" Alangkah hebatnya wanita ini jika dibandingkan denganku "

Perbandingan demi perbandingan Eiz lakukan. Bermula dari segi akhlak, sikap, pengorbanan hinggalah 1 perkara yang sangat besar iaitu aqidah. Sayyidina Khadijah merupakan insan pertama yang disampaikan rasulullah tentang berita nya bertemu Jibril, 'instead of' menafikan Khadijah mempercayai dan mendokong suami nya seperti seorang sahabat yang penuh percaya akan kata2 rakannya. bukan saja percaya Khadijah turut mendokong rasulullah seperti seorangg sahabat yang akan mendokong kata2 rakannya.

Eiz kian berfikir rancak sambil melontarkan kata2 buat muhasabah dirinya.

"Adakah diri ku sudah cukup percaya akan rakan ku? "

"Adakah diri ku sudah kian mendokong dan berdiri di samping rakanku sambil menolongnya? "

Malah turut menjadi permuhasabahan diri Eiz ialah

"Adakah diri ku sudah tertanam semua sifat2 yang terdapat pada Khadijah, Ibu para Ummul Mukminin? "

" Adakah imanku sudah terbina dan tersusun serta tertarbiyyah dengan baiknya untuk bersiap berkorban&menghadapi ujian2 yang Allah akan susun untukku harungi demi merai keredhaan-Nya dan menyampaikan kebaikkan pd masyarakat? "

"Apakah aku tidak akan goyah menghadapi ujian2 seperti yang Kadijah hadapi ketika pemboikotan ? "

Soalan demi soalan kian menerpa Eiz menjadikan Eiz semakin hiba dan sedar betapa lemahnya dirinya ini sebagai hamba Allah yang sentiasa memerlukan Allah untuk memberi nya kekuatan.

Meski begitu, Eiz juga sedar bahawa dia tidak harus berputus asa akan rahmat Allah dan janji2 Allah. Semakin Eiz bermuhasabah dirinya, alhamdulillah dia kian ingin untuk berusaha cuba memupuk sifat2 seperti sayyidina Khadijah..





*@281209@Home@5.15pm... Mudah2'an Allah permudahkan segala urusan kita. Begitu juga usaha kita dalam menjadi sepertimana para Sahabiah, sifat2 mereka, akhlak dan juga iman(aqidah) kita demi mencari keredhaan-NYA*

Sunday, December 27, 2009

:+: More on Bidayatul Hidayah :+:

SUATU RENUNGAN...

Imam Abdullah bin al-Mubarak R.A. telah meriwayatkan di dalam kitab Al-Zuhd dengan sanad beliau daripada seorang lelaki iaitu khalid bin Maadan yang pernah berkata kepada Muaz:

“Wahai Muaz! Ceritakanlah kepadaku sebuah hadith yang pernah engkau dengar daripada Rasulullah s.a.w..

Lalu Muaz menangis sehingga aku sangka ia tidak dapat berhenti tetapi akhirnya Muaz berhenti daripada tangisannya kemudian lalu Muaz berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepadaku:

Wahai Muaz! Sebenarnya aku mahu ceritakan kepada kamu sebuah hadith jikalau engkau mampu memeliharanya pasti ia akan memberi manafaat akan dikau di sisi Allah tetapi jika engkau mensia-siakannya dan tidak memeliharanya maka akan terputuslah hujahmu di hadapan Allah pada hari kiamat nanti.

Wahai Muaz! Sesungguhnya Allah s.w.t. telah menjadikan tujuh orang malaikat sebelum ia menciptakan langit dan bumi lalu ditentukannya pada setiap langit seorang malaikat daripada mereka untuk menjaga pintu langit tersebut. Lalu naiklah malaikat Hafazhah
membawa amalan seseorang hamba yang dilakukannya mulai dari pagi sampai ke petang. Amalan tersebut mempunyai nur bagaikan cahaya matahari, sehingga apabila malaikat Hafazhah yang membawa amalan hamba itu sampai ke langit pertama. Mereka menganggap bahawa amalan itu baik dan sangat banyak lalu berkata malaikat penjaga langit pertama itu bagi malaikat Hafazhah:

“Pukulkan dengan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya. Akulah malaikat
penjaga ghibah (mengumpat). Allah telah menyuruhku supaya aku tidak membiarkan amalan orang yang mengumpat orang lain itu dapat melalui aku untuk terus naik ke atas”

Kemudian datang pula malaikat Hafazhah membawa amalan seseorang hamba. Mereka menganggap bahawa amalan itu sangat baik dan sangat banyak (malaikat itu berjaya melintasi langit yang pertama kerana orang yang mengerjakan amalan tersebut tidak terlibat dengan dosa mengumpat orang) sehingga mereka sampai ke langit yang kedua lalu berkata malaikat penjaga langit yang kedua itu:

“ Berhenti kamu di sini dan pukulkan dengan amalan ini akan muka orang yang mengerjakanya kerana ia mengkehendaki dengan amalannya akan mendapat keuntungan dunia. Allah telah menyuruhku supaya tidak membiarkan amalan orang seperti ini melintasi aku untuk terus naik ke atas. Selain daripad itu ia juga suka membesarkan diri di dalam majlis perjumpaan. Akulah malaikat penjaga kebesaran.”

Kemudian naik pula malaikat Hafazhah membawa amal seseorang hamba yang penuh dengan sinaran dan cahaya daripada pahala sedekah, sembahyang, puasa. Para malaikat Hafazhah merasa hairan melihat keindahan amalan tersebut lalu mereka membawa amalan itu ( melintasi langit yang pertama dan kedua) sehingga sampai ke pintu langit yan ketiga maka berkata malaikat penjaga langit ketiga itu:

“ Berhenti kamu di sini dan pukulkan dengan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya. Akulah malaikat takbur. Allah menyuruhku supaya idak membiarkan amalan orang yan takbur dapat melintasiku. Orang itu sangat suka membesarkan diri di dalam majlis orang ramai.”

Kemudian naik pula malaikat Hafazhah membawa amal seseorang hamba. Amal itu bersinar-sinar seperti bersinarnya bintang yang berkelip-kelip. Baginya suara tasbih, sembahyang, puasa, haji dan umrah. Para malaikat Hafazhah berjaya membawa amalan itu sehingga sampai ke pintu langit yang keempat maka berkata malaikat penjaga langit keempat itu:

“ Berhenti kamu di sini dan pukulkan dengan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya, belakang dan juga perutnya. Akulah malaikat ‘ujub. Allah menyuruhku supaya tidak membiarkan amalan orang yang ‘ujub dapat melintasiku. Ia beramal adalah dengan dorongan perasaan ‘ujub terhadap dirinya.”

Kemudian naik pula malaikat Hafazhah membawa amal seseoranghamba sehingga mereka berjaya sampai ke pintu langit yang kelima seolah-olah amalan itu pengantin yang dihantar (disanbut) ke rumah suaminya (maksudnya amalan itu berseri-seri) lalu berkata malaikat penjaga langit yang kelima:

“ Berhenti kamu dan pukulkan dengan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya dan campakkanya di atas tengkoknya. Akulah malaikat hasad, ia sangat hasud kepada orang berlajar ilmu dan beramal seperti amalanya. Ia hasut akan orang lain yang melakukan sebarang kelebihan di dalam ibadat, ia juga mencela mereka. Allah menyuruhku supaya aku tidak membiarkan amalan orang yang hasud ini melintasi aku.”

Kemudian naik pula malaikat Hafazhah membawa amalan seseorang hamba. Baginya cahaya seperti bulan purnama daripada sembahyang, zakat, umrah, jihad dan puasa. Malaikat Hafazhah berjaya membawa amalannya sehingga sampai ke langit yang keenam lalu berkata malaikat penjaga langit tersebut:

“ Berhentilah kamu dan pukulkan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya kerana ia tidak belas kasihan kepada hamba-hamba Allah yang terkena bala dan kesusahan bahkan ia merasa gembira dengan demikian. Akulah malaikat rahmat. Allah menyuruhku supaya tidak membiarkan amalan orang yang seperti ini tidak melintasi aku.”

Kemudian naiklah pula malaikat Hafazhah membawa amalan seseorang hamba. Amalan itu sembahyang, puasa, nafkah, jihad dan warak. Baginya bunyi (maksudnya bunyi zikir) seperti bunyi lebah dan baginya cahaya seperti cahaya matahari dan naiklah bersama dengan amalan itu tiga ribu malaikat. Mereka telah berjaya membawanya sehingga sampai ke pintu langit yang ketujuh maka berkata malaikat penjaga pintulangit tersebut:

“ Berhentilah kamu dan pukulkan dengan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya bahkan pukulkan pula akan seluruh anggota badannya dan tutupkan ke atas hatinya. Akulah
malaikat zikir ( seorang yang beramal dengan tujuan supaya disebut-sebut oleh orang lain). Aku akan menghalang amalan orang riak dari sampai kepada Tuhanku. Ia bukan beramal bukan kerana mencari keredhaan Allah tetapi hanya bertujuan supaya mendapat tempat yang tinggi di hati para fukaha dan supaya disebut di kalangan para ulama dan supaya masyhur namanya di merata tempat. Allah menyuruhku supaya tidak membiarkan amalan orang yang riak itu melintasi aku, kerana setiap amalan yang tidak ikhlas adalah riak dan Allah tidak akan menerima amalan orang yang riak.”

Kemudian naik pula malaikat Hafazhah dengan amalan seseorang hamba. Amalan itu berupa sembahyang, zakat, puasa, haji, umrah, akhlak mulia, banyak berdiam (daripada perkara yang tidak berguna) dan banyak berzikir. Amalan hamba ini diusung oleh para malaikat penjaga tujuh petala langit sehingga mereka melintasi segala halangan dan sampai kepada Allah. Para malaikat itu berhenti di hadapan Allah dan bersaksi dengan keikhlasan dan kebaikan amalan tersebut lalu Allah ber firman kepada paraa malaikat –Nya:

“ Kamu adalah yang bertugas menjaga amalan hambaKu ini dan sebenarnya Aku lebih mengetahui dengan segala isi hatinya. Ia sebenarnya tidak mengkehendaki akan Aku dengan amalannya tersebut. Ia hanya mengkehendaki sesuatu yang lain daripadaKu oleh kerana itu maka Aku turunkan ke atasnya akan laknatKu.”

Lalu para malaikat tadi berkata:

“Ke atasnya laknatMu dan juga laknat kami.” Lalu melaknat akan dia oleh tujuh petala langit dan seisinya.

Mendengar sabda Rasulullah s.a.w. ini lalu Muaz menangis seraya berkata:

“Engkau adalah Rasulullah s.a.w. sedangkan aku adalah Muaz (hamba Allah yang bukan Rasul). Maka bagaimana aku dapat selamat dan sejahtera”. Lalu Rasulullah s.a.w. menjawab:

“Hendaklah engkau ikuti aku walaupun hanya dengan sedikit amalan. Wahai Muaz
jaga lidahmu baik-baik daripada mencela saudaramu yang membaca al-Quran (golongan ulama) dan

pertanggungkanlah segala dosamu ke atasmu dan jangan engkau mempertanggungkan dosamu ke atas mereka
dan

jangan engkau menganggap dirimu bersih dan

jangan pula engkau mencela orang lain dan

jangan engkau memuji dirimu di hadapan mereka. Dan

jangan engkau campurkan urusan dunia di dalam urusan akhirat. Dan

jangan engkau menyombong diri di dalam majlis nanti orang ramai akan takut kepadamu kerana kejahatanmu dan

jangan engkau berbisik kepada seseorang sedangkan seorang lagi ada di sisimu dan

jangan engkau membesarkan dirimu, maka akan terputus daripadamu segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Dan

jangan engkau carikkan (pecah belah) akan manusia, maka mencarik akan dikau oleh anjing-anjing api neraka pada hari kiamat nanti.

Allah berfirman yang bermaksud:“ Demi yang mencarik dan carikkan .” (al-Nazi’at: 2)

Apakah engkau ketahui wahai Muaz siapakah mereka yang mencarik itu? Muaz bertanya: “Ya Rasulullah, sebenarnya siapa mereka?” Lalu Nabi s.a.w. menjawab: “Itulah anjing-anjing garang di dalam api neraka yang akan mencarikkan daging sehingga sampai ke tulang.”

Muaz bertanya:
“Ya Rasulullah siapakah yang mampu melaksanakan segala perkara yang engkau sebutkan tadi? Dan siapakah yang akan selamat daripada seksaan itu?”

Nabi s.a.w. mwnjawab:
“Itu sebenarnya mudah bagi orang yang dimudahkan oleh Allah”

Kemudian lalu Khalid bin Maadan berkata: “Maka aku tidak pernah melihat seseorang yang
banyak membaca al-Quranul Karim lebih daripada Muaz kerana beliau faham terhadap hadith yang besar ini.”


(Petikan daripada terjemahan: Bidayatul Hidayah (permulaan jalan hidayah): hlmn:144)

:+: Sekilas Pemikiran :+:

Terasa angin meniup dengan begitu lembut sekali, udara pagi dari tepi pantai itu sangat mesra namun masih membuat Eiz berpeluh akibat terik matahari. Namun kehangatan itu tidak diendahkan. Fikirannya masih lagi menerawang dengan kuliah subuh yang didengarinya pagi tadi setelah solat subuh. Kuliah subuh yang topiknya meski ringkas namun mengandungi isi yang sungguh padat. "Bidayatul hidayah" itulah topik kuliah subuh pagi tadi. Eiz mengingat-ingat didalam hatinya akan apa yg telah disampaikan namun hanya satu kenyataan yang melekat.

" Meski begitu banyak amal-amal yang kita lakukan, semua amal-amal itu akan melalui proses-proses perfilteran (dalam setiap 7 lapisan langit) sebelum ianya boleh dihadapkan pada Allah kerana setiap lapisan langit ada malaikat penjaga amal dan setiap malaikat penjaga amal itu mempunyai telah ditugaskan Allah untuk memfilterkan amalan-amalan manusia yang dibwa naik untuk dihadapkan kepada-NYA"

Kenyataan ini membuatkan Eiz kian mengelabah. Dirinya berkira-kira, sedangkan semestinya amalnya sedikit sahaja berbanding dosanya yang banyak jika ditambah lagi dengan segala penapisan kian Istigfar Eiz olehnya.

Eiz kian menyedari betapa niat yang ikhlas bersertakan amal yang ikhlas berlandaskan hanya untuk mendapatkan keredhaan Allah semata-mata sangat mustahak. Mungkin tidak sepenting apapun dimata manusia namun ianya menjadi ukuran yang sangat tinggi nilainya di hadapan Allah. Dan pagi hari itu membuatkan Eiz kian ingin berusaha membetulkan niatnya detik demi detik....








*281209@Home.. Afwan guyz i wanna add link abt d bidayatul hidayah namun its rily hard to find. Sapa2 ada link minta tolong addkn.... P/s: i read 1 artikel abt d topik b4 *pnjam dari Syah lasttym* i'Allah i wud ask her f she cud forward me d link... Rily~~ nice.. k. Assalamualaikum*