MOvE ON>>>

Indahnya cinta jika besulam keikhlasan.Moleknya cinta andai setia yang dipertaruhkan dan untungnya bercinta jika berkekalan sampai bila -bila. Ustaz Ismail Kamus

Wednesday, March 28, 2012

:+: KeMBaLi :+:

Bismillahirahmannirahim

Sementelah balik dari Indonesia, hari-hari ku kian kekurangan kandungan gula dalam badan. Hendak dikatakan sibuk tidak juga, mungkin rakan kerja ku lebih sibuk dari diri ini, yang kadang-kadang membuatku merasa kasihan dengan dirinya. Namun diri ku tidak tahu apa yang harus dilakukan untuk membantu. akhirnya hanya mampu melihat dan memandang dari jauh. *FIGHTING temanku*

Setiap kali perasaan ku apabila lama menjejakkan kaki di luar tanah lahirku, hati ku akan merasa nyaman apabila berada di negeri ku kembali. *Haihhh* masih banyak pembaikan yang harus ku lakukan. Alangkah tabahnya para Muhajirin.

Memang ternyata banyak benda yang ku pelajari di Negara Ceria Indonesia. Budayanya, makanannya, orang-orangnya serta cara hidup di sana. Terlalu banyak sehingga jika berada lebih lama disana aku harap diriku yang lahir di negara yang senang ini akan bisa menjadi seperti mereka yang hidup mandiri (berdikari). Betapa cemburunya aku. Ternyata belum cukup lagi kemampuan ku untuk berdikari.

Dikala di negaraku orang sangat senang bisa membeli dan mengunakan kereta tanpa memikirkan sesak jalan namun di negara Indonesia rakyatnya bersusah payah bangun sebelum pukul 4 lagi bagi mengelakkan macet aka traffic jam. Dikala dengan senang memandu kenderaan ke tempat kerja, orang disana lebih banyak menggunakan kenderaan awam seperti angkut dan bersesak2 didalamnya. Betapa cemburunya diriku.

Alhamdulillah, Allah memberiku peluang untuk merasai sendiri bagaimana naiknya angkut *bus mini awam*. Ianya open air, malahan tempat duduknya dengan mudah boleh mengenai lutut orang. Jika penuh kena bersesak2 duduk dengan orang lain. Kemudian kerana open air, pasir dengan mudah masuk kemata. Ianya 1 pengalaman yang tidak mudah ku lupakan. Salah satu perkara yang sangat memberiku kesan.

Menjadi seorang Musafir... ianya sesuatu yang sangat memberi pengajaran kerana bisa melihat negara2 orang dan mengambil banyak hikmah. Namun tidak dinafikan aku sangat nyaman kembali ke negaraku semula. Mungkin kerana ajal maut yang tak pasti makanya aku jadi sangat nyaman kembali ke negaraku. kerap kali pertanyaan seperti ini bermain di kepalaku. dan akhirnya aku menjadi cemburu pada para sahabat2 rasulullah yang merantau tidak kira kemana bagi menyampaikan risalahnya, tidak menghiraukan dimanakah tempat ajal mereka.Cemburu.

Kebelakangan yang panjang ini, ianya sangat menarik. Meskipun mengakibatkan kekurangan kandungan gula di badan, namun diriku berusaha untuk selalu mencukupi nya. Ternyata ianya sesuatu yang membuat emosi ku lebih sensitif dari biasanya.

Menarik.... *^-^*