Eiz mengaru- garu kepalanya perlahan. Meski tak gatal namun reaksi nya yang sedemikian itu tetap dilakukannya. Matanya masih menumpu pada jalanraya. Tiada kata-kata terungkap dari bibirnya bagi menolong menyelesaikan permasalahan yang dihadapi rakannya. otaknya meraba-raba mencari jawapan namun jelas kosong. lantaran itu Eiz hanya membiarkan senyap membelenggu malamnya dan rakannya di perjalanan balik itu.
Ketika hendak sampai kerumah rakannya itu barulah Eiz memecahkan kesunyian yang menimpa.
" I'Allah rakan-rakan lainnya tahu apa yang mereka patut buat. Awak janganlah terlalu memikirkan. Tak ada guna memikirkan kemampuan yang rakan-rakan lain tahu apa keputusan mereka. Yang penting sekarang kita buat apa yang kita boleh buat dan tidak terlalu mengharap banyak sangat dari mereka agar kita tak kecewa" Bicara Eiz lembut, tidak seperti biasanya. Mungkin kerana Eiz merasakan ketegangan pemikiran yang rakannya itu hadapi.
"Mungkin... pernah dengar seorang kakak berbicara pada saya 'jangan terlalu manjakan diri dan jangan terlalu ikutkan kehendak orang lain' saya tahu yang saya tak patut rasa begini... Ahh entahlah Eiz,saya tak pasti. Biarlah rasa ini saya je yang tahu" Balas rakan Eiz penuh emosi. kata-kata rakannya itu sekali lagi mematikan perbicaraan. Eiz sekali lagi dibelenggu dengan rasa kegelisahan mencari jawapan membalas namun hampa kerana dirinya sendiri agak runsing dan tidak dapat berfikir.
Sekali lagi perjalanan pulang itu sunyi sepi sehinggalah sampai di muka rumah rakannya itu.
"K.Assalamualaikum Eiz.. and thankZ"hanya itu saja yang rakannya itu bicarakan setelah rakannya mengeluarkan diri dari perut kereta. setelah membalas salam rakannya itu,Eiz pun berlalu meninggalkan perkarangan rumah rakannya dan perlahan mengerakkan keretanya menuju rumahnya.
Otak Eiz ligat berfikir. Namun keletihannya minda yang dihadapinya sepanjang minggu itu tidak dapat membuatkannya berfikir lancar. Mindanya tersempit di ruangnya sendiri.
Tiba di rumah, Eiz menghempaskan dirinya ke atas tilam dan membuka laptopnya. Matanya memandang sekeliling biliknya. Tiba-tiba matanya terhenti pada 1 ruang dalam biliknya. Ruang yang mempunyai papan putih. Tertulis di papan putih tersebut bai'ah(perjanjian) yang dibuat sahabat2 ansar pada rasulullah sebelum Hijrah:
1. Menjanjikan Dengar dan Patuh, dalam keadaan rajin atau malas
2. Menjanjikan sanggup Infaq, dalam keadaan susah atau senang
3. Menjanjikan Amar Maa'ruf Nahi Mungkar
4. Menegakkan Agama Allah tanpa menghiraukan celaan orang
5. Menolong dan mempertahankan Nabi, sebagaimana mempertahankan diri mereka, isteri dan anak2 mereka. I'Allah balasannya adalah syurga.Mata dan Hati Eiz membaca tulisan yang ada pada papan putih itu. Perlahan-lahan Eiz tersenyum. Kini Eiz mengerti jawapan apakah yang harus diberikannya pada rakannya itu. Itulah
bai'ah yang para sahabat dahulu lakukan dengan rasulullah dan itulah juga bai'ah yang kini mereka pegang. DanEiz mengerti tanggungjawabnya. Eiz turut mensyukuri akan keresahan yang rakannya hadapi kerana rakannya itu cuba menunaikan bai'ah yang telah dijanjikannya.
Eiz sedari sepertimana kata rakannya
tanggungjawab yang dipikul bukannya benda yang main-main dan ia bukan dipikul oleh orang yang manja. Ianya dipikul oleh orang yang beriltizam tinggi dan mempunyai matlamat yang jelas dan tinggi. Sekali lagi Eiz beristigfar atas kelalaiannya dan berdoa agar dirinya serta rakan-rakannya yang lain terus tsabat di perjalanan mereka yang masih jauh itu hanya kerana untuk mencari keredhaan-Nya.
*@Home@5.28am@100110..... Totally sorry for d not updated period. Kinda bz and everytym kn update ja penyakit tidur dtg menyerang. byk benda been required to be handle and manage i.e work and etc. kdg2 rasa mcm nda cukup and last2 nya depressed sorg2 p kn a fren baru2 ni ada ckp *which is yesterday* "enti delegate lah tugas, sedang akak lagi delegate tugas ni kat enti so ertinya enti pun boleh delegates tugas ni kat org lain gak" ,mcm tulah... kadang2 kn kita rsa sgt sukar nk ckp benda2 mcm delegating tugas ni p kan dri pengalaman sebelum2 ni i really believed dat d word "COMMUNICATION" are really important. Komunikasi sesama rakan2 memainkan peranan yang sangat penting kerana kita tak boleh expect rakan2 tau apa yang dalam kepala kita dan kita turut tak boleh terus buat keputusan utk rakan kita kerana kita pun tak tahu apa yang ada dalam kepala mereka. apapun sama2 doa mudah2an kita terus tsabat di jalan-Nya ini hanya semata2 untuk mendapat redha-Nya jua. Jalan ini jalan penuh berliku, andai kita tak mampu nak berpegang antara satu sama lain, susahlah kita hendak melangkahkan kaki ke tapak yang seterusnya..*