MOvE ON>>>

Indahnya cinta jika besulam keikhlasan.Moleknya cinta andai setia yang dipertaruhkan dan untungnya bercinta jika berkekalan sampai bila -bila. Ustaz Ismail Kamus

Sunday, May 10, 2009

:+: sebuah dilema :+:

Antara ilusi dengan kenyataan ianya merungkap pada satu dilema..’Perasaan yang berperang’. Kadang-kadang kita hilang dengan ilusi yang mengheret untuk terus melupakan. Kadang-kadang bila kenyataan menerpa, menyergah kesakitan yang kian terlupakan. Peperangan demi peperangan terus berlanjutan, Hati siapakah yang tak pernah puah dengan situasi? Umpama kata-kata yang terungkap dari bibir, menyebutnya sendiri adalah menyakitkan. Kenyataan yang terungkap itu langsung meneguhkan rasa ketidakpuasan. “akan jadi orang biasa” Itulah kata-kata yang menakutkan… definisi ‘Orang biasa’ bukan satu permainan untuk disenda guraukan tapi merupakan satu dilemma untuk hati-hati.

Kesedihan terungkap disitu.. kenapa kini? Kenapa setelah banyak perkara terlalui kenapa jalan menuju ‘jadi orang biasa’ itulah yang kian jelas?. Pertanyaan demi pertanyaan meragut diri. Membawa kesedihan menerpa hati kian berleluasa. Kesedihan itu bukan saja kian membuat hati-hati lemas bahkan lebih tragisnya putus asa. Sakitnya kian terperih. Mungkin bibir bicara lainnya boleh mengatakan, “takpe ianya sunnah dimana kadang-kadang hal sedemikian terjadi” tapi kenyataan hati-hati yang diragut perkara sedemikian merasakan seolah-olah dihempap batu yang sangat besar. Tambahan lagi bilamana setiap langkah yang dilalui semakin tidak jelas kenapa… Ianya menakutkan. Ianya menyakitkan. Ianya menyedihkan.

Kenyataan nya ialah Gugur dan menjadi orang biasa ianya satu mimpi buruk buat hati-hati. Tiada siapa yang mahu ‘menjadi orang biasa’ setelah nikmat dan hidayah sampai kepadanya dan setelah kejelasan matlamat hidup sampai kepadanya. Jauh dalam lubuk hati, itulah perkara yang setiap hati-hati cuba usahakan untuk tidak terjadi.