MOvE ON>>>

Indahnya cinta jika besulam keikhlasan.Moleknya cinta andai setia yang dipertaruhkan dan untungnya bercinta jika berkekalan sampai bila -bila. Ustaz Ismail Kamus

Wednesday, March 2, 2011

:+: dengan Hilangnya kasih Sayang :+:

" Korang dah jadi macam robot yang tiada perasaan " kata2 itu menghiris hati ini. Umpama menyembunyikan sebuah luka yang akhirnya di kerah keluar. Hati ini T.E.R.H.E.N.T.I.


Setelah sekian lama akhirnya ada juga seseorang yang mengungkapkan nya. Menyelongkar apa yang cuba disembunyikan.

"Mungkin korang rasa korang tough p macam mana pulak dengan kat dalam korang? diluar korang mungkin tiada masalah, tak futur dan masih dengan pegangan kita tapi mcm mana dengan dalaman korang? hati korang macammana? " Sambungnya lagi.

Ingin diri ini tersenyum menyahut kata2 ini namun kenyataannya ianya sangat pahit. hati ini terasa ingin menjerit dan menangis kerana tembakan yang memang tepat pada fakta dan keadaan. "Macam mana hati ini? Macam mana kah hati kami?" sudah kian lama tiada menyentuh mengenainya. Terpendam dan dipendamkan akhirnya luka berdarah tak berhenti2. Hidup dalam sebuah senyuman yang kepalsuan dan berusaha untuk tabah.

" Kesian tengok korang. Korang hanya ada "Friend" tapi takde ikatan yang menguatkan antara satu sama lain. Sunnahtullah seperti zaman sahabat ikatan itulah yang memotivasi kan dan mendorong untuk mereka beramal dan istiqomah sebab dengan ikatan itu mereka saling dorong-mendorong dan sokong-menyokong untuk top-up iman dan amalan tapi korang pulak~ tak ada benda ni. Korang dah hilang benda ni. hubungan korang tak lebih hanyalah sebuah hubungan yang bertanya2 khabar namun tiada top-up iman/ amalan yang sepatutnya terjadi. kekuatan korang yang dapat diambil dari ikatan itu tak ada. Hambar!" bicaranya lagi.

Terasa terpukul. Yaa~~ sudah sekian lama benda ni tiada. Sudah sekian lama diri ini tidak membangunkan sahabat2 untuk bangum malam. Sudah sekian lama diri ini tiada msg motivasi. Sudah sekian lama diri ini tidak mengambil tahu akan amalan dan iman2 para sahabat. yang diri ini tahu ialah penumpuan sepenuhnya pada adik2 yang menginjakkan kaki di keyakinan ini. hanya itu saja. Bagi diri, ini banyak lagi benda yang perlu dibuat sampaikan diri ini merasakan tidak perlu lagi mendokong para sahabat kerana para sahabat pun dah 'besar' dan tak perlu dipantau lagi. Namun tanggapan ini S.A.L.A.H kerana para sahabat dan juga diri ini adalah merupakan manusia biasa. dan keperluan untuk saling mendokong dan menyandarkan bahu masing2 kena sentiasa ada.

" Berkenalan, saling memahami, saling bantu-membantu" - 3 benda ini telah dilupakan.

Mungkin kita dah biasa hidup sendirian namun adakah kita dah berlaku sebagai 1. sahabat
2. Keluarga (ibu/ kakak/ adik)
3. guru
4. Ustaz
5. Ketua
6. Pembimbing
7.Kaunsellor
8. Lain2
???
Pada sahabat kita??

Merasakan sayang rasanya tidak mencukupi. namun bagaimanakh untuk merobohkan tembok kebiasaan?? Hati sudah cukup letih namun ianya lebih letih lagi jika kekuatan sesama sahabat sefikrah tiada. Rasanya sudah cukup keletihan yg tiada penghujung ini.

Moga hidup kita akan kembali sebagai hamba Allah yang bekerja dengan P.E.R.A.S.A.A.N

Renung diri kita. apakah kita memang tlah cukup complete dengan sendirinya?? Tepuk dada tanyalah pada AL-HAQ

Wednesday, January 26, 2011

:+: Extra Usaha :+:

'Berkecamuk' itulah benda pertama dalam kepala Eiz. Kepalanya terasa bagaikan berat dengan menelan beberapa banyak fakta dan keadaan yang sangat baginya tidak dapat diterima. Kerana rasa 'berkecamuk' itulah juga akhirnya Eiz me'landing'kan dirinya di tempat letak kereta Empire. Tempat yang sering kali terlintas di kepala apabila dirinya menghadapi keadaan yang tertekan dan berkecamuk.

Ajakkan rakannya untuk pergi riadah tidak dihiraukan pada petang itu. "AHHH!! lantaklah" pikir Eiz " Baik aku pergi tenangkan dan stabilkan diri".

Kehidupan kerja ianya bukannya satu beban untuk Eiz malahan ianya merupakan perkara yang ianya sangat raihkan setiap hari. Menghadapi rakan-rakan sekerja dan juga anak-anak kecil membuatkan diri Eiz terhibur disamping meriangkan. Namun permasalahan yang Eiz hadapi ialah tekanan dari ahli keluarga dan desakan untuk kemajuan dirinya. Itulah yang sentiasa menjadi persoalan dan tekanan untuk Eiz. Setiap kali ingin membuat keputusan Eiz akan terhenti pada satu tanda tanya ' Patutkah aku??' hingga akhirnya Eiz terhenti memikirkan dan mula menyibukkan dirinya, mengelakkan dirinya dari berfikir.

"Eiz! sampai bila kamu nak jadi begini?? Sedangkan hujan ribut lagi nak berhenti apatah lagi manusia." Tekan ibu nya pada suatu hari. Eiz hanya seperti biasa mensengih-sengihkan dirinya bagi menunjukkan bahawa dia tidak mahu meluahkan apa yang terbuku di hatinya dan juga bagi menghormati ibu nya itu.

"Kamu ni, kalau tahu macam ni lah kamu nak buat hidup kamu, patutnya kamu berhenti dari tingkatan 6 dulu. Tak perlu susah2 nak belajar tinggi-tinggi" kata ibu Eiz lagi kali ni lebih menekan hati Eiz.

Mungkin benar kata ibu andainya lah begitu pasti dirinya tidak perlu menghabiskan masa 4 tahun belajar selepas tingkatan 6 namun andainya begitu juga, pasti Eiz tidak akan mendapati kehidupannnya seperti sekarang. Hidup dalam kehidupan orang yang punyai hala tuju dan juga matlamat. Eiz memang mensyukuri hidupnya kini namun apa yang men'kecamuk'kan pemikiran Eiz ialah apabila dirinya sendiri didesak dengan 'memajukan' diri.

Umpama minatnya pada sukan badminton, Eiz sangat meminati untuk memajukan diri seperti menyambung belajar dan juga memerah otaknya untuk pelajaran. Apabila memikirkan mengenai menyambung pelajaran, hati Eiz meronta-ronta untuk berbuat sedemikian namun terdapat sesuatu yang menghalangi dirinya dari mengapai hak berkenaan. baginya terdapat hak yang perlu di stabilkan terlebih dahulu dan ikhlaskan diri merupakan satu mujahadah baginya,

Kadang-kadang Eiz menyedari bahawa manusia memang perlu merancang dan Berusaha tapi Kudrat Ilahi jualah yang menentukan arus perjalanan hidup manusia. Mengingati ini Eiz tahu bahawa itulah yang terbaik untuknya. Namun adakah usaha Eiz sudah sampai ke tahap berusaha sangat2? itulah persoalan yang timbul dihati Eiz.

Sama seperti D&T, Eiz turut merasa persoalan-persoalan sebegitu akan menghempap dirinya.
Eiz mau memajukan diri
Eiz mau kehadapan
Namun apakah usahanya sudah kehadapan? apakah usahanya sudah extra cukup?....