MOvE ON>>>

Indahnya cinta jika besulam keikhlasan.Moleknya cinta andai setia yang dipertaruhkan dan untungnya bercinta jika berkekalan sampai bila -bila. Ustaz Ismail Kamus

Thursday, August 27, 2009

:+: Checklist Ramadhan :+:

Alhamdulillahx1000... tk terungkap kata2 dapat menyambut ramadhan sekali lagi pd tahun ini. masih bernafas untuk berjumpa ramadhan. alhamdulillah.. sedih+gembira perasaan umpama seperti sebuah kelahiran yang baru menjengukkan wajah di bumi.

"Ahlan Wasahlan Ramadhan" *^-^*

Membaca sebuah emel dari rakan membuat bertambah nostalgia rasa perasaan ditambah lagi beliau berkata " Mudah2'an segala amalan kita di bulan ramadhan ini akan turut dapat di lakukan semasa di waktu bulan2 lainnya, bkn hanya tersangkut di bulan ramadhan tapi terbuang di bulan2 lainnya " huhuhuhuhu sedih sedih sedih mengenangkannya.

Masa ramadhan, berpage-page alQuran dibaca mahu menghabiskan 30 juz dalam sebulan namun di bulan2 lainnya rasa malas menebal sangat2 sampai nk habiskan 30 juz tu pun ambil masa 3/4 bulan huhuhuhuhu.... Mudah2'an dapat istiqomah lepas ramadhan ni..*Perbetulkan niat dan checklist diri*

Masa ramadhan, bersanggup untuk bangun setiap malam pukul 3/4 pagi bagi solat taubat, tahajud, witir n etc. Namun di bulan2 lain masya'Allah bukan main payah lagi hendak bergerak dari tempat tidur sampai dalam seminggu tu sekali sahaja bangun malamnya huhuhuhuhu....Mudah2'an dapat istiqomah lepas ramadhan ni...*perbetulkan niat dan checklist diri*

Masa ramadhan, bersanggup berkejar2 waktu sembahyang bagi sembhyg tepat waktu dan solat berjemaah kat masjid. Namun di bulan2 lain bukan main susah hendak sembahyang even teruk sampai menunda2 waktu sembahyang dan lebih rela solat sendirian. huuhuhuhuhu Mudah2'an dapat istiqomah lepas ramadhan ni...*perbetulkan niat dan checklist diri*

Masa ramadhan sibuklah nak dekatkan diri dengan Allah seumpama inilah ramadhan terakhir, umpama akan takde lagi hidup lepas ini sampai ibadah2 yang tk pernah dibuat sebelum ni pun mula dibuat. Namun di bulan2 lain huhuhuhu sedih lupa semuanya, umpama akan terus hidup selama2nya tak kembali pada Pencipta, takkan di tanya di padang Masyhar, takkan dikumpulkan oleh Rabb. Masya'Allah sedihnya... yang terpikir hanyalah kerja, kerja, kerja, Dunia, dunia, dunia... huhuhuhu Mudah2an terlindung dari semua itu dan dapat istiqomah mengejar cinta Allah lepas ramadhan ni...*perbetulkan niat dan checklist diri*



Allah berfirman
" Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang bertaqwa" (surah al-imran ayat 133)

Satu teguran buat diri kita semua... marilah sama2 perbetulkan niat dan checklist diri mudah2an kita akan sentiasa, sentiasa, sentiasa mencari keampunannya dan berusaha sedaya upaya dan istiqomah dalam mencari keredhaan-Nya. Mudah2 an kita tergolong dalam golongan orang-orang yang bertaqwa (golongan orang-orang yang takut akan azab-Nya namun masih mengharapkan rahmat-Nya)




----- Perbetulkan niat, mudah2an akan terus tsabat dalam istiqomah mencari keredhaan-Nya dan keampunan-Nya-----

Sunday, May 10, 2009

:+: sebuah dilema :+:

Antara ilusi dengan kenyataan ianya merungkap pada satu dilema..’Perasaan yang berperang’. Kadang-kadang kita hilang dengan ilusi yang mengheret untuk terus melupakan. Kadang-kadang bila kenyataan menerpa, menyergah kesakitan yang kian terlupakan. Peperangan demi peperangan terus berlanjutan, Hati siapakah yang tak pernah puah dengan situasi? Umpama kata-kata yang terungkap dari bibir, menyebutnya sendiri adalah menyakitkan. Kenyataan yang terungkap itu langsung meneguhkan rasa ketidakpuasan. “akan jadi orang biasa” Itulah kata-kata yang menakutkan… definisi ‘Orang biasa’ bukan satu permainan untuk disenda guraukan tapi merupakan satu dilemma untuk hati-hati.

Kesedihan terungkap disitu.. kenapa kini? Kenapa setelah banyak perkara terlalui kenapa jalan menuju ‘jadi orang biasa’ itulah yang kian jelas?. Pertanyaan demi pertanyaan meragut diri. Membawa kesedihan menerpa hati kian berleluasa. Kesedihan itu bukan saja kian membuat hati-hati lemas bahkan lebih tragisnya putus asa. Sakitnya kian terperih. Mungkin bibir bicara lainnya boleh mengatakan, “takpe ianya sunnah dimana kadang-kadang hal sedemikian terjadi” tapi kenyataan hati-hati yang diragut perkara sedemikian merasakan seolah-olah dihempap batu yang sangat besar. Tambahan lagi bilamana setiap langkah yang dilalui semakin tidak jelas kenapa… Ianya menakutkan. Ianya menyakitkan. Ianya menyedihkan.

Kenyataan nya ialah Gugur dan menjadi orang biasa ianya satu mimpi buruk buat hati-hati. Tiada siapa yang mahu ‘menjadi orang biasa’ setelah nikmat dan hidayah sampai kepadanya dan setelah kejelasan matlamat hidup sampai kepadanya. Jauh dalam lubuk hati, itulah perkara yang setiap hati-hati cuba usahakan untuk tidak terjadi.

Saturday, April 25, 2009

:+: BM?? shocking news :+::

Today is 260409, sunday... arini hari dmana kami di berikan peluang untuk dtg kursus BM*huhuhu quite embarassing* seriously~~~ masa dpt email dari parent kami dat we hav to dtg the kursus makin menjadi2 rsa 'OMG' kami.. yelah slama ni tk pernah2 pun ada kursus like such sebab dlm smaller session kmi ada sebut mengenai nya..ohwell recap how the the cerita was::

A week ago....

UA- Z hv u check ur email from mum yet??
Me- Nope, apa ada?
UA- Ri ahad ni ahh, ada kursus BM ahhh~~*dgn muka2 suprise*
Me and cicitnya - HUH!!?? serious???
UA- awu serious
Cicitnya- napa mcm tarus2 saja we hv that kursus??huhuhu
Me- tui tui mcm suddenly ada kursus atu *diriku yg msih tk percaya n terkejut*
UA- awu iatah kn, siapalah yg kn khwin ani.....

den with lots of other discussion we really feel totally strange with the BM kursus *end of story*

well kn honestly ckp i still felt totally.....n i believe mcm byk sis2 pun miatu jua terkejut more like it plus malu..huhuhu *sigh*

well i dont know what the content of teh bm wud be but yep im gonna attend it anyway bcz it is kewajipan... gpun afta IM it's BM, stil ntah kenapa mcm im tired with BM... huhuhu cnclusion?? that is sumthing i wish to make as a secret...

ya Allah tabahkanlah hati ini dan tsabatkanlah kami di jalan yg berliku ini dalam mencari redha-MU..

Friday, April 10, 2009

:+: Check back wat missing :+:

Jz habiz baca email dri one of sis yang masa ni di KL smbung studynya dalam jurusan Dakwah dan Sosiobudaya*i gez* jdi dengan berbekalkan rasa ingin tahu dan terharu, tiba-tiba tgn ni mengklik link blog sendiri.. wahahaha..

Byk perubahan yang dialami oleh para rakan yang berada di luar brunei. Byk benda yang mereka pelajari dan hadapi sendiri dengan inisiatif sendiri. Byk trial & error yang telah mereka tunaikan. yang mana semua trial and error itu menguatkan diri mereka disamping keadaan suasana yang memang nyata berbeza. Keadaan yang sering kali membuat diri berkira-kira dengan kematangan diri yang kian dipersoalkan oleh diri sendiri.

Nyata byk benda lagi yang belum dikeluarkan dari minda fikiran dan ditunaikan. Nyata setelah menyelidik beberapa sudut masa byk lagi benda praktikal yang belum tertunas. dan nyata setelah membandingkan diri dengan mereka rakan-rakan diluar, rupanya masih ada kemampuan diri yang belum dikeluarkan&diusahakan.

Jika semasa peperiksaan karangan/ composition dulu di tingkatan menengah pasti ada soalan "Belajar di luar negeri" atau pun soalan mengenai "kebaikan dan keburukan belajar di luar negeri" pasti salah satu point ialah " Kita dapat berdikari" kerana suasana di luar menyebabkan diri berusaha semampunya, tidak lagi spoonfeed/ kena suap... Bila jdi seperti sedemikian tahap untuk berdikari ertinya kebolehan diri kita untuk berdikari wlu dimana pun kita berada pasti ada. Mslh nya cuma Penyakit M kita saja yang berkuasa lebih dari anti biotik R* satu teguran untuk diri ini*

Conclusion :: Kaji semula SH... adakah sudah tertunai dengan penuh daya atau masih lagi ada sisa-sisa Jahiliyah yang masih terbuku... Periksa semula "kenapa disini".....




........................................[100409].............................................

Tuesday, March 31, 2009

:+: Kebaikan :+:

Dari Nawwas bin Sam'an radhiallahuanhu, dari rasulullah shollallahu 'alaihi wa sallam beliau bersabda :

"Kebaikan adalah akhlak yang baik, dan dosa adalah apa yang mengganggu jiwamu dan engkau tidak suka jika diketahui manusia" Riwayat Muslim

dan dari Wabishah bin Mabad' radhiallahuanhu dia berkata:

saya mendatangi Rasulullah saw, lalu dia bersabda : "Engkau datang untuk menanyakan kebaikan?" Saya menjawab: Ya. Beliau bersabda : " Mintalah pendapat dari hatimu, kebaikan adalah apa yang jiwa dan hati tenang kerananya, dan dosa adalah apa yang terasa mengganggu jiwa dan menimbulkan keragu-ragu dalam dada, meskipun orang-orang memberi fatwa kepadamu dan mereka membenarkannya". (hadis hasan diriwayatkan dari dua musnad Imam Ahmad bin Hanbal dan Ad Darini dengan sanad yang hasan).

I have been looking 4 this hadith beberapa hari ini. Can't say it a bit sharing purposes but actually it's more to memuhasabah kan diri ini. Rhythmically this few weeks byk berfikir mengenai benda2 yang hendak dibuat, sedang dibuat and ingin dibuat which kadang2 those things really tick the hati and make ragu2*sigh* Sooo sebab atulah this hadis mengingatkan kembali apakah itu kebaikan dan apakah itu dosa so dat benda2 yang actually dilarang tidak dilakukan which really menakutkan* takut jauh dari redha-Nya* huhuhuhu

"Ya Allah, timbulkanlah kesensitifan diri ini dalam menilai keburukan dan kebaikan agar hamba-Mu ini mendapat redha-Mu sentiasa"

010409 0507am @Buruj'
Condition : really memuhasabahkan diri

Wednesday, January 28, 2009

:+: Negeri di Bawah Bayu Part 4 :+:

PS : Buat Pembaca Yg disayangi afwan kerana kisah Negeri di Bawah Bayu saya terputus buat beberapa2 minggu atas sebab2 tertentu...betul2 afwan~~..so with this i continue my series i'Allah *^-^*

Pagi itu 221208 pukul 6am di negeri bawah bayu berkenaan...Perasaan berkobar2 masih lagi bergemerlapan dalam hati, alhamdulillah... Pagi2 lagi diri sudah ingat bahawa pagi itu ada kuliah pagi d dewan maka dgn semangatnya bgn pagi dan memanggil rakan2 yang menginap di atas bukit...

Tepat 6am kami semua sudah berkumpul di dewan. U.Luqman sudah berada di tempat duduk beliau... topik pada pagi itu ialah "Muraqabah"

Berkira2 dalam fikiran ku memikirkan apakan itu muraqabah... krana ianya dalam bahasa arab maka agak kurg sikit pengertian... namun u.Luqman alhamdulillah memahami kami2 ini memulakan penyampaiannya dengan sebuah hadis yang bercakap mengenai 'ihsan'*hadis 2* dan juga perihal ingat mati...

"Jadikan harimu seolah2 kamu akan mati esoknya"

"Kamu abadikan diri pada Allah, & kamu seakan2 melihat Allah, Sekiranya Kamu tk melihatnya, Dia Melihat kita" ---Hadis 2*pengertian ihsan*


Beliau meneruskannya lagi dengan mengatakan kepentingan buat diri kita as seorang islam dan hamba Allah bahawa kita patut dengan penuh keyakinan dan sepenuh hati percaya bahawa Allah :
  • Tahu
  • Melihat
  • Mengawasi
  • Mengetahui gerak geri kita
  • Malah Lintasan hati kita pun Allah ketahui...
Semua2 ini adalah dalam ilmu Allah. bukannya satu perkara yang cukup baru jika kita mengatakan bahawa kita tahu bahawa Allah Maha Mengetahui namun adakah kita menyakininya dengan sepenuh hati?? *Teguran buat diri ini juga*

Muraqabah bererti- mendekatkan diri. Dan pada context mendekatkan diri disini ialah Mendekatkan diri pada Allah maka dengan itu perlunya kita tahu bagaimana cara berhubung dengan Allah dan menjaga hubungan berkenaan supaya tidak putus... Maka U.Luqman pun menjelaskan amal2 yang menguatkan iman dan juga muraqabah kita pada Allah...

Amal2 yang menguatkan iman dan juga muraqabah kita pd Allah ialah:
  1. Zikrullah( Ingat pada Allah)- setiap detik, nafas dan juga perbuatan dan gerak geri kita kita harus sentiasa ingat pada Allah.
  2. Solat jaga -- Kpentingan utk menjaga solat ialah kerana solat merupakan penghubung diantara kita dengan Allah. Andai kita jaga solat kita tkkn punyai masalah roh... Solat juga sgt special kerana ianya tidak seperti ibadah2 lain i.e zakat, puasa, haji yang ditunaikan kerana ayat Quran turun tetapi Solat ianya diberi secara langsung pada Rasulullah s.a.w oleh Allah melalui isra'Mikraj
  3. Kepentingan kita utk menjaga hati- Kita jgn tgk luaran p nilai inside kerana jika zahir ok p hati tak ok maka masalah kita tkkn pernah selesai2.
  4. "Check and Balance"- kata U.Luqman, Slalu muhasabah diri sebelum tidur. Dimana ustaz menerangkan betapa pentingnya utk kita sentiasa peka terhadap dosa2 kecil yang kita lakukan, dimana dari dosa kecil itu kita akan mudah terdorong melakukan dosa2 besar *teguran buatku huhuhuhu*
  5. Jgn bakhil utk beramal - "Penyakit org berharta ialah bakhil makanya kita kena infakkan benda2 yang kita syg. Caranya paksa diri". -- Sifat berkorban
  6. Mendera nafsu kita
  7. Jgn kita perlekehkan amal2 kita.. - yelah nak dapat syurga, takkan amal ynag lekeh kita tampil dok bagi kat Allah?? begitu juga dengan infak dan kepentingan kita menjaga hak2.
Itulah sharing u.Luqman pada kuliah subuh pada hari itu dmana kata2 yg paling menyentuh hati ku kala itu ialah

"Orang yg akan terluka hatinya ialah org yang dicabut keredaan Allah dan orang yg melukakan hati ibu bapanya"






:+: Shift Your Paradigm part 2 :+: