MOvE ON>>>

Indahnya cinta jika besulam keikhlasan.Moleknya cinta andai setia yang dipertaruhkan dan untungnya bercinta jika berkekalan sampai bila -bila. Ustaz Ismail Kamus

Wednesday, August 14, 2013

:+: Layakkah kita? :+:

"Zie, jgn cuba naikkan seseorang sebelum tiba masanya zie" kata seorang temanku hari ini semasa didalam kereta.
"Saya rasa ianya tidak adil buat mereka. contohnya saja kita Zie, jika kita dicampak kenegara-negara yang hebat-hebat macam di indonesia ataupun Mesir, rasanya kita ni mungkin novice. tahap KG. MEMANG TAK LAYAK pun nak cakap kita ini tahap Darjah" Ujarnya lagi.

Aku hanya terdiam dengan kata-katanya itu, menjadi pendengar setia. Hatiku hanya mampu mengiyakan kerana memang itulah kenyataanya.

" Pada tahap kita sekarang ni sepatutnya masa bulan Ramadhan kita dapat khatam 2 kali, tapi kalau nak khatam sekali pun susah, ertinya memang KENYATAANNYA kita ini TAK LAYAK!!" sambungnya dengan penuh emosi. Perkataan nya ini menyentak hatiku, memang benar. terdapat perkara yang tidak complete dalam diri. terlalu banyak jahiliah yang masih berkarat dan berketul2 belum dikikis.

Jika suatu ketika dulu dipermulaan langkah benda-benda tu ditinggalkan, umpama tidak menyentuh maggi saat tahu tumbuhku tidak dapat menerimanya namun kini angkara keinginan maggi-maggi itulah yang disuapkan kemulutku. Jahiliyyah itu jugalah yang menjadi corak hidup.

Kata-kata sahabat ku mengenai kelayakkan diri di tahap ini menjadi satu refleksi. Memang satu kebenaran dan perkara yang perlu dimuhasabah. Bukan saja pada perkara jahiliyyah tapi yang utama adalah perkara asas; AL-QURAN. Entah berapa banyakkah yang sudah diri ini hafalkan / baca/ fahami dan perbuat di kehidupan sehari-hari. Ternyata masih banyak lubang-lubang. Masih banyak yang kurang.

"Andai Salahuddien Al-Ayubi sendiri bertanya pada sahabat-sahabatnya "siapa diantara kalian yang tidak pernah tinggal solat malam setelah mengenali islam" hanya bagi memilih imam bagi solat berjemaah, apatah lagi kita ini, betapa jauhnya kita kalau sudah terdorong dengan jahiliyyah apakah masih takkan mungkin kita tidak akan tertinggalkan solat malam??" bicara rakanku itu lagi.. Ya! SOLAT MALAM juga merupakan kekuatan. Pengikat hubungan hamba dan Khaliknya. Rasanya diri ini masih belum sesempurna dalam melakukannya secara istiqomah...

Perbicaraan demi perbicaraan kian menghujani dari bibir rakanku itu. Hati ini hanya mampu mengiyakan. Ya Allah apakah yang aku lakukan kini??

"Jadi Zie layakkah kita Zie??, Kalau lah boleh, ingin rasanya saya kembali semula kepada tahap KG dan tidak menerima tahap kita ini sekarang....." putusnya sambil mendiamkan diri seketika.

*Ya Rabb, berilah kekuatan memperbaiki kelemahan-kelemahan diri dan juga istiqomah. Ya Allah bantulah hamba-Mu inii yang sering goyah dan tidak bisa mengulang waktu. Andai tahap ini mendewasakan diri ini maka dewasakanlah dengan hikmah dan didikanlah diri ini untuk berjalan sejajar dengan tahap ini bagi satu kelayakkan yang NYATA*

ANGIN YANG BERLALU
TAKKAN PERNAH KEMBALI
DAUN YANG JATUH 
TAKKAN PERNAH KEMBALI PADA POHOHNYA
MAKA MASA YANG LALU
TIDAK AKAN KEMBALI LAGI
YANG DAPAT DILAKUKAN KINI HANYALAH MEMPERBAIKI...

No comments: