MOvE ON>>>

Indahnya cinta jika besulam keikhlasan.Moleknya cinta andai setia yang dipertaruhkan dan untungnya bercinta jika berkekalan sampai bila -bila. Ustaz Ismail Kamus

Wednesday, March 2, 2011

:+: dengan Hilangnya kasih Sayang :+:

" Korang dah jadi macam robot yang tiada perasaan " kata2 itu menghiris hati ini. Umpama menyembunyikan sebuah luka yang akhirnya di kerah keluar. Hati ini T.E.R.H.E.N.T.I.


Setelah sekian lama akhirnya ada juga seseorang yang mengungkapkan nya. Menyelongkar apa yang cuba disembunyikan.

"Mungkin korang rasa korang tough p macam mana pulak dengan kat dalam korang? diluar korang mungkin tiada masalah, tak futur dan masih dengan pegangan kita tapi mcm mana dengan dalaman korang? hati korang macammana? " Sambungnya lagi.

Ingin diri ini tersenyum menyahut kata2 ini namun kenyataannya ianya sangat pahit. hati ini terasa ingin menjerit dan menangis kerana tembakan yang memang tepat pada fakta dan keadaan. "Macam mana hati ini? Macam mana kah hati kami?" sudah kian lama tiada menyentuh mengenainya. Terpendam dan dipendamkan akhirnya luka berdarah tak berhenti2. Hidup dalam sebuah senyuman yang kepalsuan dan berusaha untuk tabah.

" Kesian tengok korang. Korang hanya ada "Friend" tapi takde ikatan yang menguatkan antara satu sama lain. Sunnahtullah seperti zaman sahabat ikatan itulah yang memotivasi kan dan mendorong untuk mereka beramal dan istiqomah sebab dengan ikatan itu mereka saling dorong-mendorong dan sokong-menyokong untuk top-up iman dan amalan tapi korang pulak~ tak ada benda ni. Korang dah hilang benda ni. hubungan korang tak lebih hanyalah sebuah hubungan yang bertanya2 khabar namun tiada top-up iman/ amalan yang sepatutnya terjadi. kekuatan korang yang dapat diambil dari ikatan itu tak ada. Hambar!" bicaranya lagi.

Terasa terpukul. Yaa~~ sudah sekian lama benda ni tiada. Sudah sekian lama diri ini tidak membangunkan sahabat2 untuk bangum malam. Sudah sekian lama diri ini tiada msg motivasi. Sudah sekian lama diri ini tidak mengambil tahu akan amalan dan iman2 para sahabat. yang diri ini tahu ialah penumpuan sepenuhnya pada adik2 yang menginjakkan kaki di keyakinan ini. hanya itu saja. Bagi diri, ini banyak lagi benda yang perlu dibuat sampaikan diri ini merasakan tidak perlu lagi mendokong para sahabat kerana para sahabat pun dah 'besar' dan tak perlu dipantau lagi. Namun tanggapan ini S.A.L.A.H kerana para sahabat dan juga diri ini adalah merupakan manusia biasa. dan keperluan untuk saling mendokong dan menyandarkan bahu masing2 kena sentiasa ada.

" Berkenalan, saling memahami, saling bantu-membantu" - 3 benda ini telah dilupakan.

Mungkin kita dah biasa hidup sendirian namun adakah kita dah berlaku sebagai 1. sahabat
2. Keluarga (ibu/ kakak/ adik)
3. guru
4. Ustaz
5. Ketua
6. Pembimbing
7.Kaunsellor
8. Lain2
???
Pada sahabat kita??

Merasakan sayang rasanya tidak mencukupi. namun bagaimanakh untuk merobohkan tembok kebiasaan?? Hati sudah cukup letih namun ianya lebih letih lagi jika kekuatan sesama sahabat sefikrah tiada. Rasanya sudah cukup keletihan yg tiada penghujung ini.

Moga hidup kita akan kembali sebagai hamba Allah yang bekerja dengan P.E.R.A.S.A.A.N

Renung diri kita. apakah kita memang tlah cukup complete dengan sendirinya?? Tepuk dada tanyalah pada AL-HAQ

No comments: