MOvE ON>>>

Indahnya cinta jika besulam keikhlasan.Moleknya cinta andai setia yang dipertaruhkan dan untungnya bercinta jika berkekalan sampai bila -bila. Ustaz Ismail Kamus

Tuesday, December 30, 2008

:+: Negeri di bawah Bayu part3 mlm :+:

Malam itu terasa anginnya yang sejuk di kaki bukit negeri bawah bayu berkenaan.. sejuk namun mesra... malam itu pertama kalinya melihat ada bintang2 di langit meskipun sudah 3 hari berada disana, namun mmg itulh pertama kalinya..subhannallah..slalunya gelap berawan tidak kelihatan bintang2 dilangit... " WAA!! Masya'Allah mlm ni nmpak bintang yang kita nampak dibrunei" kedengaran jeritan seorang ukhti kala itu dan mmg masing2 mengangguk kepala smbil mendongak kelangit... diriku berharap agar langit yang berbintang seperti itu akan ku nmpak lagi esok malamnya... Maha Besar Allah yang menciptakan...Subhannallah

"Malam ni kita buat kuliah kita cara orang berbahas k"- kata2 pengerusi berkumandang di ruang dewan kuliah... tersedia dihadapan kmi ialah kerusi2 ahli panel yang sudah pun duduk di kerusi berkenaan*bersedia*

"Topik kita ialah islam dalam politik"--Kata Amir pada kami semua..."WAAA, BEST TU!!" Kata seorg ukhti yang sgt meminati bidang politik. Sambil dirinya berlari mendapatkan rakan2 nya yang lain, yang masih lagi d ruang dapur*membersihkan dulang bekas makan malam*...

Selama hampir sejam setengah topik berkenaan di keutaraan kmi, nyata ramai yang masih rasa perlunya topik berkenaan di bicarakan lagi...mungkin kerana suasana malam tersebut, gelombang 'tita' semakin menyerang diri dan ramai yang sudah dibawa ke negeri2 yang berlainan daripada negeri bawah bayu itu..Namun sempat juga dipenghujungnya membuka mata kala isu kebangkitan di bicarakan;
  1. Kita kena masuk pada kebangkitan itu
  2. ikhlaskan diri dalam mengubah diri dan tahan nafsu
  3. ajak org
"jgn kita diexposekan dgn byk benda, tapi bila balik rumah saja kita tidak melakukan apa2- langsung useless apa yang kita dapat...Kita kena buat action jika kita betul2 tahu bahawa dunia ialah kebun pada akhirat"

Masya'Allah mudahan2 kita semua akan jdi orang2 yang berkerja selepas berilmu, bukannya orang2 yang lalai, kerana

"Jika kita rosak, anak2 turut akan rosak *masa depan turut rosak*"

Sama2 kita berdoa dan minta pada Allah sambil berusaha kearah pembaikkan hidup kita setelah byk ilmu dinegeri di bawah bayu di dapati...Umpama mutiara yang kita temui di jalanan, samada kita hendak membiarkan mutiara berkenaan di kutip oleh orang lain atau diri kita sendiri yang mengutipnya dan membuatnya berkilau dengan bersinar2 *marilah sama2 kita muhasabah diri dalam menunaikan hak ilmu yang kita perolehi*

Ya Allah bersihkanlah niat kami kerana ingin berhijrah kepada-Mu dan Rasul-Mu..Mudah2an niat, ilmu, iman dan amal kita selari diantara satu dengan yang lain dalam usaha mencari keredhaan-Mu..AMEEN AMEEN AMEEN...ALLAHU'AKHBAR!!x3

No comments: