MOvE ON>>>

Indahnya cinta jika besulam keikhlasan.Moleknya cinta andai setia yang dipertaruhkan dan untungnya bercinta jika berkekalan sampai bila -bila. Ustaz Ismail Kamus

Friday, December 26, 2008

:+: Negeri di bawah Bayu :+:

Sebelum Brada d Negeri d bawah bayu,

Penantian itu 1 ujian kesabaran... harus menunggu tarikh keberangkatan meskipun brg2 utk dibawa belum lagi dikemas kinikan... Terasa tidak sabar2 utk menjejaki kaki ke negeri d bawa bayu berkenaan...

Berdoa setiap kli agar niat utk kesitu ikhlas meskipun hanya berbekalkan B$20 dan RM$35.. Terasa tidak risau kerana ingin jejaki kaki kesitu atas 1 tujuan iaitu Mengembalikan diri pada niat yang ikhlas kerana-Nya...Meski bakal dimarahi oleh babu yg baru balik brunei slepas menunaikan haji, tkpe..Keredhaan Allah lebih utama...Mencari dan berusaha mencari cinta-Nya lebih utama..

Tiada rasa risau kala result hnd kuar, kerana yang lebih dinanti ialah kepergian diri utk ke negeri dibawah bayu... Namun Panik mula menerpa diri kala passport seorang ukhti yg sekereta tcicir.. Rabbi yassir Wala Tuassir...Alhamdulillah Allah pertemukan dan permudahkan...Alhamdulillah Masya'Allah

Meski harus bgn pagi pada pukul 3am dan berkumpul d masjid limau manis utk solat subuh bersama2, tkpe berkorban kerana-Nya wajib menjadi keutamaan... Meski perjalanan terasa sgt jauh namun tidak mengurangkan semangat diri utk berada di negara di bawah bayu..

Singgah sebentar di masjid Temburong...Subhannallah rasa tidak percaya diri bahawa setelah lebih 6 tahun diri tidak jejaki kaki ke Temburong akhirnya, diri di situ juga...Memandang langitnya dan menghirup udaranya yang Masya'Allah, Subhannallah Maha Besar Allah yang memberi Rahmat...


Perjalanan yang jauh mengajar bermacam2 perkara. Terutama skali apabila berurusan dgn amanah dari org, amat memerlukan keprihatinan. Dan jua kala menghadapkan diri utk terus menerus menasihatkan satu sama lain utk terusan bersabar dan bersifat dengan qudwah hassanah meski sesama i/a...[ diriku, cicitnya, hani, ain, mimie]

Menjejakan kaki d Negeri bawah Bayu,

Alhamdulillah sampai di negeri bawah bayu apabila waktu menunjukkan pukul 630pm. Namun kami masih harus menjemput beberapa orang sahabat yang turut serta di airport..Kami lantas menuju ke KKIA...Subhannallah Menjejaki malam kami berpeluang utk menyaksikan twilight dengan izin-NYA...Ya Allah, terasa sangat diperkuatkan lagi keyakinan kami akan kebesaran-Nya..


Terus-Terusan para pembawa kereta harus menahan diri masing2 utk memandang jalan raya kerana masih harus membawa kereta selama 2 jam lagi utk ke destinasi sebenar [Kundasang].

Berhenti seketika di masjid terapung d bandar kk berkenaan utk solat jamak takhir. dan sempat disaksikan moto yang terpapar dihadapan masjid berkenaan

"Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan"

Alhamdulillah Akhirnya sampai juga di atas kaki bukit negeri dibawah bayu... Terasa sejuk menerpa diri kala awan yang sejuk melanggar ke arah diri...Subhannallah.. Alhamdulillah Sampai juga ke destinasi meski harus menghadapi beberapa rintangan dan dugaan yang menguji kesabaran seperti di hon orang, menghadapi cara pandu orang2 negeri bawah bayu yang tidak seperti cara pandu org2 brunei, hampir melanggar anjing-anjing yang melintasi jalan raya, berhadapan dengan jalan raya yang tidak berapa dikenali dan bermacam-macam..terasa asing namun begitu,

"islam itu sendiri asing" Kata-kata motivasi seorang ukhti pada diri "jadi kita jgn jadikannya halangan utk memperkenalkan islam kembali pada orang" Masya'Allah jzkk ukhti

Di kaki bukit tmpat homestay itu sudah ada org yang menunggu ketibaan kami, jzkk i/a yang bertungkus lumus menyiapkan keperluan kami....meski pukul 1130pm sudah namun mereka masih menanti sehingga kami sampai..Masya'Allah Allah sahaja yang akan membalas jasa antum...

Sementelah rumah tempat penginapan masing2 telah ditentukan, mlm itu masing2 kembali ke rumah masing2 dan mungkin ada juga yang sedang mempersiapkan diri utk hari esok..Masya'Allah Esok harinya yang dengan izin-Nya lebih baik dari hari tersebut... [akan di sambung pada entry lainnya i'Allah]

Moga Allah memberi keberkatan ilmu, iman, amal pada setiap kita...samada di brunei, malaysia, andalusia, uk, ireland, jepun, france,indonesia, thailand dan negeri2 lainnya kerana yang pasti kita semua mencari perkara yang sama..mengejar keredhaan-Nya dalam setiap yang kita lakukan... Moga niat kita akan sentiasa bersih dari perkara2 yang mengelapkan hati kita, dan moga kita akan sentiasa ikhlas...Allahu'Akhbarx3


Katakanlah: "Inilah jalanku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada ugama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain."

Allah adalah tujuan kami,

Rasulullah teladan kami

Alquran pedoman hidup kami,

Jihad adalah jalan juang kami

Mati di jalan Allah adalah,Cita-cita kami tertinggi

Sabtu, 271208,1.12pm, Condition: Sendirian di rumah....,

No comments: