MOvE ON>>>

Indahnya cinta jika besulam keikhlasan.Moleknya cinta andai setia yang dipertaruhkan dan untungnya bercinta jika berkekalan sampai bila -bila. Ustaz Ismail Kamus

Tuesday, December 29, 2009

:+: Ketentuan :+:

Eiz beristigfar beberapa ketika kala membaca 1 emel yang di hantar kepadanya lewat seorang rakan yang berada jauh dirantau orang. Terkesima Eiz sambil berulang-ulang kali mengingati dirinya. Sedihnya pada hari itu tersentap dengan 1 kesedihan yang mengalahkan sedihnya di permulaan. Semuanya terjadi tika membaca 1 emel...

Eiz sekali lagi beristigfar dan menarik nafas panjang.

"Innalillahi wa' innahi rajiun" berulang-ulang bibit-bibit tersebut keluar dari mulutnya.

Kesedihan yang di rasainya bila mengetahui kepergian seorang saudara seislam yang juga rakan seperjuangan. Meski Eiz tidak mengenali beliau namun hatinya hiba. Ditambah lagi bila Eiz melihat gambar2 tragis kereta akhi.A berkenaan yang remuk. Termuhasabah Eiz berulang-ulang.

Ketentuan Allah yang tiada siapa pun yang mengetahui bila terjadi;

AJAL-- itulah satu ketetapan yang telah Allah memang telah tetapkan buat setiap manusia dan makhluk. Manusia tidak akan pernah melimpasi masa ajal yang telah Allah tetapkn. Ketentuan Allah yang tidak akan pernah berubah2, tidak akan pernah bertambah mahupun berkurang.

Itulah yang terjadi. Kepergian akhi.A dan keluarga(ibu&bapa akhi.A) serta rakannya langsung bukan dalam perancangan manusia. Siapalah yang tahu pada hari akhi.A paginya di ijabkabulkan dan hanya 5km sahaja hendak tiba ke rumah, ajal yang Allah telah tetapkan buat insan-insannya telah menyapa. Perancangan manusia tidak akan pernah boleh mengatasi perancangan Allah...

Mengingat kenyataan ini, Eiz sekali lagi terdiam dan mengingati dirinya. Eiz berkata-kata dalam hati, begitu Allah telah membuat perancangan buat Akhi. A, apatah lagi diri nya itu..

"Masih adakah hari esok buat diriku ?" Eiz bertanya pada dirinya sendiri

"Masih adakah detik kemudian buat nafasku ?"

"Masih sempatkah aku melakukan apa2 yang aku ingin tunaikan?"

"Apakah bila nyawaku di tarik nanti, aku telah tunaikn tanggungjawabku sebaiknya? "

Persoalan demi persoalan terdetik di hati Eiz. Dirinya dibiarkan merefleksi...






*@291209@11:26pm@Home.... Mudah2'an roh Akhi.A serta keluarga dan rakannya berada dalam rahmat Allah, Aminx3. i hv heard sum1 berkata-kata yang hingga kini agak menjadi satu perkara yang di imani (di yakini) yaitu kaitan rezeki dan ajal.

" Seseorang itu tidak akan ditarik nyawanya selagi mana "kuantiti rezki" yang telah Allah tetapkan untuknya masih ada. dan kala "Kuantiti rezki"nya telah nil (0), itulah jangka waktu ajalnya telah tiba"

Rezki dan ajal merupakan 2 perkara yang memang telah Allah tetapkan dan tidak akan dapat diubah manusia/individu. "Kuantiti Rezki" akan sampai waktu habisnya dan "Masa ajal tiba" akan datang tepat pada waktunya seperti yang Allah tetapkan.

Moga setiap kita akan berusaha sedaya mungkin untuk menggunakan "Kuantiti rezki" yang Allah beri kearah kebaikan demi mendapatkan keredhaan-Nya agar kala "Masa ajal tiba"/"Habis Kuantiti Rezki" kita akan kembali kepada-Nya dalam keadaan yang diredhai-Nya dengan izin-Nya jua.

Betulkan niat dan jadilah individu yang sentiasa ingat mati dan berbuat setiap sesuatu hanya kerana Allah semata-mata untuk amalan kita diterima dan diredhai Allah (kaitkan bidayatul hidayah)

Ya Allah ingatkanlah kami mati sentiasa dan kala waktu kami tiba untuk kembali kepada-Mu, Ya Alla permudahkanlah dan janganlah Kau susahkan. Aminx3*

No comments: