MOvE ON>>>

Indahnya cinta jika besulam keikhlasan.Moleknya cinta andai setia yang dipertaruhkan dan untungnya bercinta jika berkekalan sampai bila -bila. Ustaz Ismail Kamus

Monday, December 28, 2009

:+: Sahabiah-Sahabiah :+:

Sambil berbaring di tempat pembaringannya, Eiz me'rewind' semula kisah-kisah sahabiah yang disuapkan pd nya sedari beberapa hari berada di pesisiran pantai itu. Mungkin jika dia berada selama seminggu di tmpat pesisiran pantai itu mungkin sudah 14 kisah sahabiah yang akan didengarinya. Mungkin bertambah ligat kepalanya untuk mengingati, apatah lagi 10 kisah sahabiah...

Bermula dari kisah ibu para ummul mukminin sehinggalah kepada Penghulu Wanita Sejagat. Setiap kisah2 mereka, Eiz mendapati begitu banyak persamaan.

Eiz boleh ingat kisah Sahabiah pertama yang didengarnya iaitu Sayyidina Khadijah al-Khuwalid. Yang nama jolokkannya ialah ibu para ummul mukminin. Istri yang rasulullah s.a.w paling kasihi sehinggakan di masa hayat beliau rasulullah tidak pernah memadukannya. Khadijah Al-Khuwalid bagi Eiz merupakan seorang isteri, sahabat, ibu, dan seorang insan yang banyak memberikan manfaat bukan saja pada rasulullah dan anak2 malah kepada penyebarannya islam kepada masyarakat. Begitu tinggi pengorbanan dan kasihnya merai cinta Allah. Eiz terhempuk dengan 1 kenyataan. Meski di usia Sayyidina Khadijah yang sangat tua berbanding rasulullah, 15 tahun perbezaan, beliau tabah mengharungi kehidupan dengan kuat meski di timpa onak2 duri dan juga rintangan. Beliau mampu membimbing puteri2 rasulullah untuk menjadi sangat kuat. Beliau masih mampu untuk mengharungi pemboikotan bersama rasulullah& orang2 islam lainnya meski beliau blh hidup mewah dgn harta beliau. Beliau sentiasa menyokong dan mendokong serta menjadi pendengar setia rasulullah kala rasulullah bersedih. Sentiasa sedia untuk menjadi teman kala susah dan senang. Sayyidina Khadijah contoh yang sangat subhannallah....

Eiz berkira-kira dalam hatinya. Membandingkan wanita kini dengan sayyidina Khadijah. Paling ringkas Eiz membandingkan dirinya sendiri dengan Sayyidina Khadijah. Terasa kecil diri Eiz tika itu sampaikan kata-kata terkeluar dari bibir Eiz tanpa dirinya sendiri

" Alangkah hebatnya wanita ini jika dibandingkan denganku "

Perbandingan demi perbandingan Eiz lakukan. Bermula dari segi akhlak, sikap, pengorbanan hinggalah 1 perkara yang sangat besar iaitu aqidah. Sayyidina Khadijah merupakan insan pertama yang disampaikan rasulullah tentang berita nya bertemu Jibril, 'instead of' menafikan Khadijah mempercayai dan mendokong suami nya seperti seorang sahabat yang penuh percaya akan kata2 rakannya. bukan saja percaya Khadijah turut mendokong rasulullah seperti seorangg sahabat yang akan mendokong kata2 rakannya.

Eiz kian berfikir rancak sambil melontarkan kata2 buat muhasabah dirinya.

"Adakah diri ku sudah cukup percaya akan rakan ku? "

"Adakah diri ku sudah kian mendokong dan berdiri di samping rakanku sambil menolongnya? "

Malah turut menjadi permuhasabahan diri Eiz ialah

"Adakah diri ku sudah tertanam semua sifat2 yang terdapat pada Khadijah, Ibu para Ummul Mukminin? "

" Adakah imanku sudah terbina dan tersusun serta tertarbiyyah dengan baiknya untuk bersiap berkorban&menghadapi ujian2 yang Allah akan susun untukku harungi demi merai keredhaan-Nya dan menyampaikan kebaikkan pd masyarakat? "

"Apakah aku tidak akan goyah menghadapi ujian2 seperti yang Kadijah hadapi ketika pemboikotan ? "

Soalan demi soalan kian menerpa Eiz menjadikan Eiz semakin hiba dan sedar betapa lemahnya dirinya ini sebagai hamba Allah yang sentiasa memerlukan Allah untuk memberi nya kekuatan.

Meski begitu, Eiz juga sedar bahawa dia tidak harus berputus asa akan rahmat Allah dan janji2 Allah. Semakin Eiz bermuhasabah dirinya, alhamdulillah dia kian ingin untuk berusaha cuba memupuk sifat2 seperti sayyidina Khadijah..





*@281209@Home@5.15pm... Mudah2'an Allah permudahkan segala urusan kita. Begitu juga usaha kita dalam menjadi sepertimana para Sahabiah, sifat2 mereka, akhlak dan juga iman(aqidah) kita demi mencari keredhaan-NYA*

No comments: