MOvE ON>>>

Indahnya cinta jika besulam keikhlasan.Moleknya cinta andai setia yang dipertaruhkan dan untungnya bercinta jika berkekalan sampai bila -bila. Ustaz Ismail Kamus

Sunday, December 27, 2009

:+: Sekilas Pemikiran :+:

Terasa angin meniup dengan begitu lembut sekali, udara pagi dari tepi pantai itu sangat mesra namun masih membuat Eiz berpeluh akibat terik matahari. Namun kehangatan itu tidak diendahkan. Fikirannya masih lagi menerawang dengan kuliah subuh yang didengarinya pagi tadi setelah solat subuh. Kuliah subuh yang topiknya meski ringkas namun mengandungi isi yang sungguh padat. "Bidayatul hidayah" itulah topik kuliah subuh pagi tadi. Eiz mengingat-ingat didalam hatinya akan apa yg telah disampaikan namun hanya satu kenyataan yang melekat.

" Meski begitu banyak amal-amal yang kita lakukan, semua amal-amal itu akan melalui proses-proses perfilteran (dalam setiap 7 lapisan langit) sebelum ianya boleh dihadapkan pada Allah kerana setiap lapisan langit ada malaikat penjaga amal dan setiap malaikat penjaga amal itu mempunyai telah ditugaskan Allah untuk memfilterkan amalan-amalan manusia yang dibwa naik untuk dihadapkan kepada-NYA"

Kenyataan ini membuatkan Eiz kian mengelabah. Dirinya berkira-kira, sedangkan semestinya amalnya sedikit sahaja berbanding dosanya yang banyak jika ditambah lagi dengan segala penapisan kian Istigfar Eiz olehnya.

Eiz kian menyedari betapa niat yang ikhlas bersertakan amal yang ikhlas berlandaskan hanya untuk mendapatkan keredhaan Allah semata-mata sangat mustahak. Mungkin tidak sepenting apapun dimata manusia namun ianya menjadi ukuran yang sangat tinggi nilainya di hadapan Allah. Dan pagi hari itu membuatkan Eiz kian ingin berusaha membetulkan niatnya detik demi detik....








*281209@Home.. Afwan guyz i wanna add link abt d bidayatul hidayah namun its rily hard to find. Sapa2 ada link minta tolong addkn.... P/s: i read 1 artikel abt d topik b4 *pnjam dari Syah lasttym* i'Allah i wud ask her f she cud forward me d link... Rily~~ nice.. k. Assalamualaikum*

No comments: